Diundang jumpa Presiden selepas pulang wang lebih RM200,000

Seorang remaja Liberia menemui wang berjumlah AS$50,000 dalam mata wang negara tersebut di sebatang jalan raya di negara itu baru-baru ini. -Foto PPART
Seorang remaja Liberia menemui wang berjumlah AS$50,000 dalam mata wang negara tersebut di sebatang jalan raya di negara itu baru-baru ini. -Foto PPART
A
A
A

MONRROVIA - Seorang remaja diundang untuk berjumpa Presiden Liberia, George Weah selepas dia memulangkan semula wang sebanyak AS$50,000 (RM 207,900) dalam mata wang tempatan kepada pemiliknya baru-baru ini.

Remaja itu, Emmanuel Tolue memulangkan wang tersebut selepas menemuinya di dalam sebuah beg plastik pada 12 Oktober lalu di sebatang jalan raya di negara itu.

Dia yang berumur 18 tahun kemudian menyerahkan wang tersebut kepada seorang makciknya untuk disimpan.

Pemilik wang tersebut yang merupakan seorang ahli perniagaan wanita, Musu Yancy merayu supaya sesiapa yang menemuinya supaya memulangkan kepada beliau.

Tolue yang mendengar rayuan tersebut melalui radio kemudian bertindak memulangkan wang itu kepada Yancy.

Yancy yang menghargai budi baik remaja tersebut memberikan wang sebanyak AS$1,500 (RM 6, 237) dan lain- lain hadiah kepadanya.

Keluarga pemilik wang itu juga membuka satu akaun bagi membolehkan orang ramai menderma sejumlah wang kepadanya.

Tolue yang tercicir daripada persekolahan turut mendapat simpati daripada Weah yang juga bekas pemain bola sepak terkenal.

Artikel Berkaitan:

Weah mahu berjumpa dengan Tolue yang mana pertemuan antara mereka akan berlangsung pada minggu depan. - Agensi