28 penumpang maut, bas bertembung dengan lori muatan balak

Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah lori di Wilayah Morogoro, timur Tanzania. Foto Agensi
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah lori di Wilayah Morogoro, timur Tanzania. Foto Agensi
A
A
A

DAR ES SALAAM - Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh selepas sebuah bas bertembung dengan sebuah lori di Wilayah Morogoro, timur Tanzania, kata perkhidmatan bomba dan penyelamat wilayah pada Jumaat, lapor Xinhua.

Joseph Mwasabeja, Pemangku Komander Pasukan Bomba dan Penyelamat Wilayah Morogoro berkata, kemalangan itu berlaku pada Khamis malam di Mkambarani di Lebuh Raya Morogoro-Dar es Salaam.

Beliau berkata, lori yang membawa muatan balak itu bertembung dengan sebuah bas membawa penumpang yang dalam perjalanan dari Dar es Salaam ke Mbeya di kawasan tanah tinggi selatan Tanzania.

Bas berkenaan terbakar susulan pertembungan itu dan musnah sepenuhnya, katanya.

Mwasabeja mendakwa pemandu lori, yang identitinya belum dikenal pasti, sedang dalam perjalanan dari Iringa menuju ke Dar es Salaam cuba memotong kenderaan lain tanpa mengambil langkah berjaga-jaga yang mencukupi, menyebabkan berlaku pertembungan itu.- Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!