Zverev mengakui lepaskan peluang muncul juara

Zverev. - Foto Wikimedia Commons
Zverev. - Foto Wikimedia Commons
A
A
A

PEMENANG pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Alexander Zverev mengakui dia melepaskan peluang terbaik untuk memenangi kejohanan Indian Wells apabila tewas di peringkat suku akhir kepada pemain Amerika Syarikat (AS), Taylor Fritz, 6-4, 3-6, 6(3)-7, pada Jumaat.

Menurut pemain ranking keempat dunia dari Jerman itu, Zverev, dia banyak melakukan kesilapan ketika berdepan Fritz yang juga pemain ranking ke-39 dunia ketika ini.

“Saya sememangnya menyasarkan untuk memenangi kejohanan ini kerana ia akan menjadi gelaran ketiga ATP Masters 1000 buat saya.

“Bagaimanapun, Fritz telah mempamerkan aksi memukau apabila bangkit daripada ketinggalan 2-5 pada set penentuan dan seterusnya meraih dua mata yang cukup berharga untuk menewaskan saya.

“Mungkin saya boleh katakan, hari ini bukanlah hari saya. Saya begitu hampir untuk menang, tetapi ia masih belum cukup buat saya,” katanya.

Kemenangan Fritz menyaksikannya mara ke separuh akhir dan bakal berdepan pemain Georgia yang turut mencipta kejutan menyingkirkan pemain pilihan kedua keohanan, Stefanos Tsitsipas 6-4, 2-6, 6-4.

Sementara itu Zverev berkata, dia kini mahu membeirkan fokus kepada kejohanan berikutanya di Terbuka Vienna mulai 25 hingga 31 Oktober ini.

Justeru katanya, dia berazam untuk memberikan aksi terbaiknya pada kejohanan berkenaan untuk kembali berada di landasan kemenangan.

Artikel Berkaitan:

“Saya akui agak kepenantan dan musim ini ternyata musim yang agak panjang buat saya. Saya telah bermain dengan baik tetapi kekalahan kali ini agak mengecewakan saya apatah lagi setelah mengetahui Tsisipas telah tewas dan ia mungkin peluang terbaik saya untuk muncul juara.

“Malangnya saya pula yang tewas pada perlawanan berikutnya. Ketika ini saya memang kecewa dan saya hanya mahu pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum kembali berlatih sebagai persediaan ke Vienna,” katanya.