Penunggang p-hailing di Melaka dikesan kerap langgar lampu merah

Penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) di Melaka dikesan kerap melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.(Gambar hiasan). - Foto Bernama
Penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) di Melaka dikesan kerap melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.(Gambar hiasan). - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) di negeri ini dikesan kerap melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohamad Firdaus Shariff.

Beliau berkata, sepanjang Ops Merah yang dijalankan sejak 8 Oktober lalu, sebanyak 112 notis daripada 183 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan kesalahan tersebut.

Menurutnya, sebanyak 549 motosikal diperiksa dalam operasi itu di samping kesalahan lain seperti tidak memakai topi keledar dan melanggar lampu isyarat lalu lintas jalan sehala.

"Kita mengharapkan penunggang motosikal ini terus mematuhi peraturan ditetapkan supaya mereka tidak merisikokan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.