Pura-pura minta bantuan sebelum samun penunggang p-hailing

Seorang penunggang p-hailing menempuh detik cemas apabila disamun dua lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang di tepi jalan di Jenjarom, pada Ahad lalu. - Gambar hiasan
Seorang penunggang p-hailing menempuh detik cemas apabila disamun dua lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang di tepi jalan di Jenjarom, pada Ahad lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang penunggang p-hailing menempuh detik cemas apabila disamun dua lelaki warga Indonesia bersenjatakan parang di tepi jalan di Jenjarom, di sini pada Ahad lalu.

Mangsa mulanya ditahan oleh salah seorang suspek yang berpura-pura mahu meminta bantuan dalam kejadian kira-kira jam 1.36 pagi.

Suspek kemudiannya bertindak menarik kunci motosikal lelaki tersebut namun tidak berjaya sebelum seorang lagi rakan suspek dari arah semak berhampiran meluru sebelum bertindak menyamun mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM2,000 akibat kejadian itu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan usaha memburu kedua-dua suspek terlibat sedang giat dijalankan," katanya.

Pada Selasa, tular hantaran di Facebook menyatakan seorang individu disamun di salah satu kawasan di tepi jalan di Jenjarom.