X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Kerajaan belum buat keputusan wajibkan suntik vaksin Covid-19

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan belum membuat keputusan untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama kabinet meskipun kadar vaksinasi bagi populasi dewasa dalam negara ini sudah mencapai 92 peratus.

Menurutnya, pada masa ini kerajaan akan terus menggalakkan pengambilan vaksin Covid-19 untuk menjaga kepentingan ramai.

"Kajian sedang dilakukan (mewajibkan vaksin). Kita belum wajibkan suntikan vaksin, tapi tanggungjawab bukan sahaja lindungi diri kita, tapi tanggungjawab melindungi orang lain.

"Banyak keistimewaan diperoleh selepas menerima vaksin. Sebagai orang Islam, ibadah Umrah juga disyaratkan vaksin. Tahun hadapan mungkin ibadah Haji dibenarkan, tentu menggunakan syarat sama.

"Ketika ini ramai yang dapat pulang ke kampung kerana sudah lengkap vaksin. Indvidu yang belum divaksin tapi curi-curi (balik kampung) itu hanya menyusahkan diri untuk mendapatkan semua keistimewaan itu," katanya dalam sidang media selepas Lawatan Turun Padang Meninjau Penyelenggaraan Lif di Perumahan Awam (PA) Seri Perak, Sentul di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri mengulas sama ada kerajaan sudah membuat keputusan bagi mempertimbangkan untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!