Md Nor lepas jawatan Pengerusi TH

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Md Nor Yusof melepaskan jawatannya berkuat kuasa pada Jumaat.

Pengumuman peletakan jawatannya itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan TH.

Menurut kenyataan itu, sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengerusi TH, Md Nor telah memacu usaha-usaha penyusunan semula TH.

"Beliau juga terlibat dalam memperkukuhkan tadbir urus serta kedudukan kewangan TH sebagai sebuah organisasi Islam yang bertanggungjawab menguruskan simpanan umat Islam untuk melaksanakan rukun Islam kelima.

"Jumlah deposit pada 30 Jun 2021 ialah RM81.14 bilion iaitu tahap tertinggi sejak TH ditubuhkan pada 58 tahun lalu. Ini mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan yang lebih tinggi dari pendeposit," kata kenyataan berkenaan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, para anggota lembaga, pengurusan kanan dan semua warga kerja TH turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Md Nor yang sentiasa memberi komitmen tinggi sepanjang tiga tahun perkhidmatannya di TH.

Artikel Berkaitan: