ADUN Ketari, Rara sah bercerai talak satu

Young Syefura atau Rara kelihatan tenang dan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung.
Young Syefura atau Rara kelihatan tenang dan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung.
A
A
A

KUALA LUMPUR – ADUN Ketari, Young Syefura Othman sah bercerai talak satu dengan suaminya Muhamad Masyhur Abdullah dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Prosiding lafaz cerai itu diucapkan Muhamad Masyur terhadap Young Syefura atau lebih dikenali sebagai Rara, 30, dihadapan Hakim Syarie Mohd. Saifullah Hamzah.

Sebelum prosiding dimulakan, Mohd. Saifullah bertanyakan alasan penceraian tersebut dan Muhamad Masyur menyatakan beliau mengemukakan permohonan cerai itu kerana tiada persefahaman dalam rumah tangga mereka.

No Image Caption

"Tiada persefahaman dan segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan tidak berhasil,"ujarnya.

Rara yang berbaju kurung dan bertudung hitam dilihat tenang dan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung dan pasangan itu dilihat hadir bersama ke mahkamah.

Muhamad Masyur mengemukakan permohonan cerai tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Adun dari DAP itu berkahwin dengan Muhamad Masyur yang merupakan seorang pengurus pelaburan pada 24 September 2016 dan pasangan itu tiada cahaya mata.

Artikel Berkaitan: