Cadang projek rumah terbengkalai diselesaikan melalui perundangan

Rodziah (kiri) bersama sekumpulan bekas dan ahli keluarga pekerja Ladang Dusun Durian, Morib yang menemui beliau di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini pada Jumaat.
Rodziah (kiri) bersama sekumpulan bekas dan ahli keluarga pekerja Ladang Dusun Durian, Morib yang menemui beliau di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mencadangkan isu projek perumahan bekas pekerja Ladang Dusun Durian, Morib di Kuala Langat yang terbengkalai sejak 2006 diselesaikan melalui saluran perundangan.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, perkara itu dicadangkan kepada pihak pemaju, Era Permai Sdn Bhd dan 109 pemilik tanah kerana tiada kesepakatan dicapai mengenai harga rumah yang baharu.

Beliau memberitahu, perbincangan telah diadakan di antara pihak pemaju dan kerajaan Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dalam usaha memulihkan projek perumahan terbengkalai itu

"Pihak pemaju mengemukakan cadangan pindaan harga rumah sebanyak dua kali kepada LPHS namun sehingga kini tiada kesepakatan di antara mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil dan Peralatan (Grow) kepada usahawan Sitham di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa, Dr Gunaraj George dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hasnul Baharuddin.

Tambah Rodziah, kerajaan Selangor mencadangkan penyelesaian perundangan memandangkan kedua-dua pihak terikat dengan klausa-klausa yang termaktub dalam surat wakil kuasa (PA) dan perjanjian jual beli.

"Di antara cadangannya ialah pemaju melepaskan pelantikan sebagai wakil kuasa (PA) dan bertanggungjawab ke atas apa-apa bayaran yang telah diambil daripada pemilik-pemilik tanah atau penduduk

Artikel Berkaitan:

"Pemilik tanah atau penduduk terbabit membatalkan surat wakil kuasa (PA) yang diberikan kepada pihak pemaju," katanya.