Kane yakin akhiri kemarau jaringan

Southgate (kiri) berkata sesuatu kepada Kane semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia.
Southgate (kiri) berkata sesuatu kepada Kane semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia.
A
A
A

PENYERANG England, Harry Kane akhirnya mengakui bergelut mengembalikan sentuhan penyudahnya selepas pertama kali gagal menjaringkan gol buat The Three Lions dalam kelayakan Piala Dunia selepas 15 penampilan.

Kane yang tampil dalam kesebelasan utama skuad kendalian Gareth Southgate juga masih gagal menjaringkan sebarang gol buat Tottenham ketika perlawanan liga yang memasuki pertengahan Oktober.

Malah jelas Kane, prestasinya bersama Tottenham dan England sejak kebelakangan ini belum berada pada tahap menyakinkan seperti musim lalu.

“Biarpun begitu saya tidak panik, sebaliknya percaya akan menemui semula sentuhan penyudah untuk Tottenham dan England kerana kedua-dua pasukan ini begitu memberikan keyakinan tinggi.

“Saya kini dikelilingi barisan pemain-pemain terbaik biarpun terdapat suara dari luar memperkatakan prestasi semasa saya.

“Saya percaya akan kembali menemui sentuhan gol selepas menjaringkan sembilan gol bersama England sebelum ini, dengan bekerja lebih keras lagi untuk pasukan,” katanya.

Pada masa sama Kane mengakui terbuka menerima sebarang kritikan berkenaan prestasi semasanya pada ketika ini.

“Sesuatu yang normal apabila dikritik kerana setiap orang berhak mengeluarkan pandangan masing-masing, namun sebenarnya pengkritik terbaik adalah diri saya sendiri pada pengakhirannya.

Artikel Berkaitan:

“Saya memberi tekanan paling tinggi pada diri untuk memberikan prestasi dan beraksi terbaik serta terus bekerja keras untuk pasukan.

“Ini permainan pertama dalam 15 kelayakan Piala Dunia yang saya tidak jaringan gol dan bukan pengakhiran dunia. Semua orang yang mengenali saya tahu bahawa saya yakin setiap kali bermain dan saya akan bersedia untuk yang seterusnya,” katanya.