X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

UMNO tunggu keputusan SPR

Ahmad ditemui pemberita selepas mesyuarat bulanan MKT UMNO pada Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - "Tunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurutnya, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada malam ini membincangkan berkenaan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bagaimanapun katanya, keputusan tersebut tertakluk kepada SPR.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, setiap jentera di semua peringkat perlu bersedia bagi menghadapi PRN.

“Mula-mula ini cuma kita minta supaya semua jentera di semua peringkat membuat persiapan yang rapi.

“Mengenai agihan kerusi dan sebagainya itu tidak diputuskan pada malam ini,” katanya kepada media selepas mesyuarat bulanan MKT UMNO pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, MKT juga mengesahkan pengguguran keahlian UMNO terhadap Datuk Seri Utama Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang sebelum itu ahli di Bahagian Tangga Batu, Melaka.

Beliau turut memaklumkan persidangan UMNO cawangan akan diadakan di 191 bahagian bermula 15 Oktober 2021 hingga 30 November 2021.

“Adalah diharapkan mesyuarat cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri dapat berjalan lancar dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, MKT turut menyokong keputusan kerajaan berhubung penubuhan jawatankuasa khas siasatan kes kematian anggota bomba Allayarham Muhammad Adib Mohd Kasim, semakan semula kes Batu Puteh dan dakwaan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!