JPJ tingkat pemantauan di Stesen Bas Terminal 1, Seremban

Azrin memeriksa sijil vaksinasi di aplikasi MySejahtera penumpang di Stesen Bas Terminal 1, Seremban pada Khamis.
Azrin memeriksa sijil vaksinasi di aplikasi MySejahtera penumpang di Stesen Bas Terminal 1, Seremban pada Khamis.
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan akan meningkatkan pemantauan di Stesen Bas Terminal 1, di sini bagi memastikan penumpang dan pengusaha bas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama berkaitan syarat kebenaran rentas negeri.

Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, pemantauan tiga kali sehari akan dilakukan dan pemeriksaan secara rawak turut dibuat terhadap pengguna bas dengan memeriksa sijil vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

"Anggota JPJ akan ditempatkan di stesen bas untuk buat pemantauan tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan malam.

"Selain membuat pemeriksaan MySejahtera dan SOP lain, kita juga ambil inisiatif buat pemeriksaan kenderaan seperti bas menggunakan tayar yang ada bunga dan brek berfungsi dengan baik bagi memastikan ia selamat dinaiki," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di Stesen Bas Terminal 1, di sini pada Khamis.

Menurutnya, setakat pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan, tiada pihak yang didapati melanggar SOP sekali gus menunjukkan penumpang dan pengusaha bas mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.

Selain itu katanya, seramai 141 anggota di seluruh negeri akan ditugaskan untuk terus membuat pemantauan dan penguatkuasaan terutama pada minggu pertama rentas negeri dibenarkan.

"Dulu kenderaan tak banyak. Bila rentas negeri dibenarkan, kenderaan mula banyak di jalan raya dan sebab itu kita perlu tingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan.

Artikel Berkaitan:

"Memandangkan JPJ memberi penangguhan untuk pengguna perbaharui lesen memandu dan cukai jalan sehingga 31 Disember ini, kita juga memberi penekanan kepada pemeriksaan insurans kenderaan," katanya.