X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Pegawai polis, rakan maut kereta terbabas rempuh pokok

Keadaan kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Lintas, Metrotown, Kota Kinabalu
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan rakannya maut dalam kemalangan di Jalan Lintas, Metrotown pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dan rakannya, Dylevia Dewalter, 38, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth Elizebeth II (HQEII).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan jenis Nissan Almera yang dipandu rakan mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Citymall menuju ke Jalan Tuaran Bypass terbabas sebelum merempuh pokok di tengah jalan berkenaan.

"Kedua-dua mangsa dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sebelum ditemui di dalam longkang pembahagi jalan.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Bahagian Kecemasan HQEII sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya ketika dihubungi, pada Khamis.

George berkata, ketika kejadian keadaan jalan lengang dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!