X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

SOP pindah mangsa banjir diperketat

Zainal (dua dari kanan) memberikan penerangan kepada Nik Mohamed Noor semasa turun melihat program simulasi persiapan banjir bagi menghadapi monsun Timur Laut di pekarangan Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, Kota Bharu pada Khamis.
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) semasa proses pemindahan mangsa banjir di negeri ini sebagai langkah mencegah penularan jangkitan pandemik Covid-19.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata, ia merangkumi penjarakan fizikal dan garis panduan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Untuk makluman, anggota JBPM Kelantan yang terlibat dengan operasi menyelamat di musim tengkujuh akan menggunakan sut bomba Tight Pex.

"Penggunaan sut ini bagi melindungi anggota JBPM daripada terkena jangkitan Covid-19," katanya kepada pemberita semasa turun melihat program simulasi persiapan banjir bagi menghadapi monsun Timur Laut di pekarangan Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Bencana) Bahagian Koordinasi dan Projek Khas, Nik Mohamed Noor Nik Ishak.

Menurutnya, bagi melancarkan lagi operasi menyelamat, JBPM Kelantan turut menjalinkan kerjasama erat dengan agensi berkaitan sepanjang penugasan itu nanti.

Beliau berkata, latihan berterusan kepada anggota JBPM Kelantan telah diberikan bagi memastikan kemahiran menyelamat terus berada dalam keadaan terbaik untuk berdepan situasi banjir.

Zainal berkata, aset-aset menyelamat sudah diselenggara dengan sebaik mungkin termasuklah aset telekomunikasi sebelum banjir melanda negeri ini.

"Seramai 1,245 anggota termasuk pasukan bomba sukarela di Kelantan diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan terutama banjir yang dijangka bermula awal bulan depan.

"Kami juga bersedia untuk memohon bantuan dari unit udara JBPM sekiranya berdepan ujian getir nanti," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!