Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

BNM akan melaksanakan tender semalam konvensional sehingga RM30.2 bilion dan tender semalaman Murabahah RM19.0 bilion. - Foto 123rf
BNM akan melaksanakan tender semalam konvensional sehingga RM30.2 bilion dan tender semalaman Murabahah RM19.0 bilion. - Foto 123rf
A
A
A

KADAR jangka pendek dijangkakan kekal stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM32.20 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam bernilai RM26.17 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional masing-masing RM500 juta bagi tempoh tujuh hari dan 14 hari dan tender lelongan julat tempoh matang Islam RM6 bilion bagi tempoh tujuh hari hingga 32 hari.

Pada jam 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalam konvensional sehingga RM30.2 bilion dan tender semalaman Murabahah RM19.0 bilion. -Bernama

Artikel Berkaitan: