Polis, tentera Uzbekistan digesa turun berat badan

Polis Uzbezkistan diarah kurangkan berat badan.- Foto Ferghana
Polis Uzbezkistan diarah kurangkan berat badan.- Foto Ferghana
A
A
A

NAMANGAN - UZBEKISTAN.Presiden Uzbezkistan mengarahkan anggota polis dan tentera negara itu agar mengurangkan berat badan.

Berucap ketika berkunjung ke bandar Namangan, Presiden Shavkat Mirziyoyev berkata, anggota pasukan keselamatan harus berada dalam keadaan cergas demi menjalankan tugas.

"Bagaimana anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan mahu menangkap penjenayah?," katanya sambil mencadangkan mereka melakukan aktiviti sukan untuk kekal aktif.

Beliau turut menetapkan tempoh enam bulan untuk anggota polis dan tentera yang mempunyai berat badan berlebihan untuk menguruskan badan, namun tidak menyatakan tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang gagal berbuat demikian. - BBC

Artikel Berkaitan: