Ahli Parlimen BJP bertumbuk depan ketua menteri Uttar Pradesh

 Tripathi (kanan) menyerang Rakesh Singh Baghel semasa mesyuarat semalam.
Tripathi (kanan) menyerang Rakesh Singh Baghel semasa mesyuarat semalam.
A
A
A

LUCKNOW - INDIA. Dua ahli Parlimen dari Parti Bharatiya Janata (BJP) di negeri Uttar Pradesh bertumbuk semasa mesyuarat projek batu asas yang turut dihadiri pengamal media, semalam.

Lebih memalukan, mesyuarat tersebut turut dihadiri Ketua Menteri Uttar Pradesh, Ashutosh Tandon.

Mesyuarat berkenaan diadakan bagi menentukan nama siapa yang perlu ditulis pada batu asas tersebut yang bakal diletakkan pada sebatang jalan di daerah Sant Kabir Nagar.

Pergaduhan tercetus selepas Sharad Triphati yang merupakan wakil rakyat tempatan tidak berpuas hati apabila namanya tiada dalam senarai.

Rakesh Singh Baghel yang mengetuai jawatankuasa pembangunan daerah berkata beliau sendiri telah menetapkan keputusan itu.

Sebaik mendengar jawapan tersebut, Triphati memukul Baghel dengan kasut sebelum kedua-duanya berbalas tumbukan.

Anggota polis yang hadir pada mesyuarat tersebut berjaya menyuraikan pergaduhan terbabit. - Agensi

Artikel Berkaitan: