Malaysia intai peluang kejutkan Jepun

Aaron (kiri) yakin pasukan negara mampu menewaskan Jepun.
Aaron (kiri) yakin pasukan negara mampu menewaskan Jepun.
A
A
A

SKUAD badminton negara mengintai peluang untuk mengejutkan Jepun sekali gus muncul juara kumpulan menjelang perlawanan terakhir pada aksi Piala Thomas di Arena Ceres, Aarhus, Denmark pada Khamis.

Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia berkata, pasukan negara tidak akan ambil mudah pertemuan dengan Jepun walaupun sudah berjaya mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan Kanada pada Rabu.

"Kami gembira kerana dapat layak ke suku akhir, namun kami masih ada tugas untuk menundukkan Jepun dalam perlawanan terakhir kumpulan.

"Kami akan cuba buat yang terbaik untuk memastikan berjaya menjadi juara untuk peringkat kumpulan," katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Untuk rekod, dua pertemuan terakhir kedua-dua negara iaitu pada Piala Sudirman menyaksikan Malaysia tewas pada peringkat kumpulan dan di peringkat separuh akhir kepada Jepun.

Gandingan Aaron dan Soh Wooi Yik berjaya menewaskan beregu utama Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi pada perlawanan peringkat kumpulan namun tewas pada aksi separuh akhir.

Mengulas lanjut, Aaron mengakui cabaran getir untuk menewaskan beregu Jepun itu namun akan tampil dengan persembahan terbaik di atas gelanggang.

"Kami akan cuba yang terbaik dan tidak akan berputus asa untuk meraih mata buat Malaysia dan menumpaskan Jepun," katanya.

Artikel Berkaitan: