Artis berpakaian juruterbang bukan pegawai TUDM, PSSTUDM

Artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan penggunaan gambar berpakaian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Artikel yang dikeluarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan penggunaan gambar berpakaian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Artikel yang disiarkan oleh beberapa media, blogger dan pengguna media sosial berkenaan seorang artis ditangkap kerana memiliki dadah telah disensasikan dengan menggunakan gambar berpakaian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat selain mencalarkan imej TUDM.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM Markas TUDM Kuala Lumpur, menerusi kenyataan memaklumkan artis berkenaan sama sekali tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

"Gambar beliau berpakaian juruterbang tersebut adalah semasa beliau memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk, Gempur Wira yang disiarkan dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2018.

"TUDM amat kesal dengan tindakan menggunakan gambar artis berkenaan yang berpakaian juruterbang TUDM yang dipaparkan dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah beliau sekali gus memberi kesan negatif kepada TUDM," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, pihak media, pengguna media sosial dan blogger diminta lebih peka dan berhati-hati melibatkan penggunaan gambar untuk sebarang artikel yang disiarkan agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarat.

"Ini secara langsung mencalarkan imej TUDM khasnya dan ATM keseluruhannya.

"Sehubungan itu, TUDM meminta agar mana-mana media, blogger dan pengguna media sosial untuk tidak mengaitkan artis tersebut dengan TUDM dan dimohon membuat pembetulan bagi mana-mana artikel yang telah dimuat naik," katanya.

Artikel Berkaitan: