'Tiada krisis bekalan ikan seperti ayam'

Syed Abu Hussin (dua dari kanan) menyampaikan kotak ikan berinsulasi di Jeti Kampung Menteri, Kuala Sepetang di sini pada Rabu.
Syed Abu Hussin (dua dari kanan) menyampaikan kotak ikan berinsulasi di Jeti Kampung Menteri, Kuala Sepetang di sini pada Rabu.
A
A
A

TAIPING - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memastikan bekalan ikan menjelang musim tengkujuh mencukupi di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kekurangan bekalan ikan dijangka berlaku kerana nelayan akan kurang turun ke laut pada musim tersebut.

Jelas beliau, bagaimanapun mereka sudah mempunyai stok penimbal ikan yang disimpan menerusi syarikat besar.

"Jika berlaku monsun ini, bukan bermaksud tiada ikan langsung yang didaratkan tetapi hanya berlaku kekurangan. Jika angin tak kuat kapal jenis C2 masih boleh turun ke laut.

"Kita belum lagi berhadapan dengan krisis seperti kekurangan ayam kerana masih dapat mengawal dan memastikan bekalan protein daripada ikan ini mencukupi," katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Bantuan Kotak Ikan Berinsulasi dan Penyerahan Surat Tawaran Program Khas Perumahan Nelayan Persatuan Nelayan Kewasan di Jeti Kampung Menteri, Kuala Sepetang di sini pada Rabu.

Syed Abu Hussin berkata, selain ikan laut, bekalan ikan darat dan kolam sebanyak 20 peratus serta ikan import turut digunakan untuk menampung bekalan.

Menurutnya, jika masih berlaku kekurangan, import ikan sejuk beku akan ditambah.

Tambah beliau, kebanyakan kapal nelayan memulakan operasi kerana kelulusan untuk menggunakan nelayan asing.

Artikel Berkaitan:

Beliau sendiri turut membantu menguruskan kemasukan nelayan asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).