Ronaldo tekad ledak lebih banyak gol

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo mahu meledak lebih banyak gol selepas melakar hatrik dalam aksi Kumpulan A kelayakan Piala Dunia menentang Luxembourg pada awal pagi Rabu.

Ronaldo telah melakar 58 hatrik dalam kariernya dan yang ke-10 untuk Portugal ketika kemenangan 5-0 ke atas Luxembourg di Estadio Algarve.

"Satu lagi kemenangan, satu lagi langkah untuk mencapai matlamat dan satu lagi hari bersejarah buat pasukan.

"Segalanya menjadi mudah apabila kami bermain di laman sendiri dan di hadapan penyokong yang sentiasa memberikan sokongan sejak minit pertama.

"Saya berjanji akan menjaringkan lebih banyak gol. Ia ada dalam DNA saya dan DNA pasukan. Kami tidak pernah mengalah dan sentiasa akan mencari kemenangan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Ronaldo menjaringkan dua penalti dalam tempoh lima minit dalam separuh masa pertama dan melengkapkan hatrik tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Selain Ronaldo, Bruno Fernandes dan Joao Palhinha juga turut mencetak nama selaku penjaring gol pada minit ke-17 dan ke-69.

Portugal ketika ini ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Kumpulan A, Serbia namun mempunyai satu kelebihan perlawanan.

Artikel Berkaitan: