X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

300,000 murid hadir minggu pertama pembukaan sekolah

Kira-kira 300,000 murid hadir bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka pada minggu pertama pembukaan sekolah bermula 3 Oktober lalu. - Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Kira-kira 300,000 murid hadir bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka pada minggu pertama pembukaan sekolah yang bermula 3 Oktober lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, jumlah itu melibatkan sekolah di negeri yang berada di Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bagaimanapun, bagi Johor dan Kedah, sesi persekolahan secara bersemuka hanya bermula pada 10 Oktober 2021. Ini adalah mengikut ketetapan bagi negeri yang terlibat dengan peralihan fasa PPN.

“Alhamdulillah, sehingga kini pengoperasian sekolah secara bersemuka dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Selasa.

Mohd Radzi menghadiri Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 yang dipengerusikan Hishammuddin pada petang Selasa bagi memaklumkan mengenai status pembukaan sekolah.
Mohd Radzi menghadiri Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 yang dipengerusikan Hishammuddin pada petang Selasa bagi memaklumkan mengenai status pembukaan sekolah.

Mohd Radzi turut melahirkan penghargaan khususnya kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama, serta guru yang telah bertungkus lumus membuat persiapan.

“Semoga usaha untuk merapatkan kembali anak-anak dengan sistem persekolahan secara bersemuka ini dipermudahkan dan sesi dapat terus berlangsung dengan teratur dan selamat,” ujarnya.

Mohd Radzi turut memaklumkan bahawa beliau telah menghadiri Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada petang Selasa bagi memaklumkan mengenai status pembukaan sekolah.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!