Eko-pelancongan di HSK Pahang mula dibuka

Kesemua kawasan eko- pelancongan di dalam Hutan Simpanan Kekal di Pahang kembali dibuka kepada semua pengunjung bermula pada Isnin.
Kesemua kawasan eko- pelancongan di dalam Hutan Simpanan Kekal di Pahang kembali dibuka kepada semua pengunjung bermula pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Kesemua kawasan eko- pelancongan di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Pahang kembali dibuka kepada semua pengunjung bermula pada Isnin

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam satu kenyataan berkata, pembukaan kawasan itu turut melibatkan Taman Eko-Rimba (TER), Hutan Taman Negeri dan kawasan pendakian dalam TSK.

Jabatan itu berkata, kebenaran itu dibuat susulan pelaksanaan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pahang pada Jumaat lalu.

"Setakat ini hanya TER Jeriau dan TER Berembun di Daerah Raub masih ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

"Bagi aktiviti pendakian pula, pendaki diwajibkan untuk memohon permit dan mendapatkan perkhidmatan seorang Malim Gunung bagi setiap tujuh pendaki," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi JPNP pada Isnin.

JPNP berharap pengunjung dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebagai langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 selain telah melengkapkan dua dos vaksin.

Artikel Berkaitan: