Berenang sejauh 12km selamatkan diri

Mangsa (berkerusi roda) ketika dibawa pulang ke Satun dengan menaiki feri.
Mangsa (berkerusi roda) ketika dibawa pulang ke Satun dengan menaiki feri.
A
A
A

LANGKAWI - Mangsa bot nelayan Thailand yang karam di perairan Satun dan diselamatkan ketika ditemui terdampar di Pulau Pasir, Ahad lalu, terpaksa berenang sejauh hampir 12 kilometer untuk menyelamatkan diri.

Yahaya Piah, 41, berkata, pada 1 Mac lalu, dia bersama lapan rakannya menyewa sebuah bot untuk keluar memancing.

Bagaimanapun, katanya, pada malam kejadian, bot dinaiki mangsa dipukul ribut dan karam di perairan Pulau Tarutao, Thailand.

“Saya sempat berpaut pada tong ikan dan berenang hampir 12 kilometer, sebelum terdampar di Pulau Pasir, Langkawi,” katanya.

Mangsa ketika itu ditemui seorang nelayan tempatan sekitar 1.30 petang yang kebetulan menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian itu, lapan mangsa dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand, di mana seorang daripadanya sudah meninggal dunia.

Sementara, Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama (M) Rozali Mohd Said berkata, mangsa dibenarkan keluar dari Hospital Langkawi dan dipindahkan ke hospital di Satun.

“Penghantaran pulang mangsa dilakukan dengan menaiki feri Langkawi-Satun petang semalam. Mangsa bersama waris menaiki feri Kenangan 3, diiringi dua pegawai perubatan dari Hospital Langkawi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, proses penghantaran mangsa melibatkan kerjasama antara Maritim Malaysia, Hospital Langkawi, Jabatan Imigresen Malaysia (Langkawi), Syarikat Langkawi Andaman Ferry Ventures Sdn. Bhd. serta pejabat Parlimen Langkawi.