Pastikan mahasiswa layak sahaja dapat biasiswa: TMJ

TMJ
TMJ
A
A
A
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu kerajaan negeri pastikan hanya pelajar yang layak terima biasiswa mahasiswa Johor.

Justeru itu, beliau berkata, kerajaan negeri perlu memantau program berkenaan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapaian ketika membentangkan Belanjawan Johor 2019 pada Khamis lalu.

"Saya telah menerima banyak aduan daripada rakyat Johor mengenai peruntukan pendidikan dalam bajet Kerajaan Persekutuan.

"Ia adalah tanggungjawab saya untuk memastikan kepentingan masa depan anak-anak Johor terjaga melalui bantuan yang disediakan," katanya sebagaimana dipetik dari Facebook rasminya, HRH Crown Prince of Johor, di sini, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Tunku Ismail turut menggalakkan pelajar dari Johor memohon biasiswa dan pinjaman daripada Yayasan Pelajaran Johor dan Yayasan Sultan Iskandar Johor.
Artikel Berkaitan:


Dalam masa sama, beliau turut menyenaraikan sekali bantuan dan biasiswa yang disediakan oleh Yayasan pelajaran Johor iaitu Biasiswa Sultan Ibrahim, Biasiswa Kenangan Dato' Onn (BKD), Biasiswa Sukan Atlet Johor (BSAJ)

Disenaraikan sekali, bantuan dan insentif oleh Yayasan Pelajaran Johor iaitu Insentif Harapan Siswa, Tabung Latihan Kemahiran Johor (TLKJ), Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri dan Pinjaman Pelajaran Luar.