Ahmad Sufiani terajui PSTM

Ahmad Sufiani
Ahmad Sufiani
A
A
A

PRESIDEN interim Persatuan Sukan Touch Malaysia (PSTM), Ahmad Sufiani Johari dipilih selaku presiden badan sukan berkenaan bagi penggal 2021-2023 pada Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan PSTM, 3 Oktober lalu.

Pemilihan yang dilaksanakan secara dalam talian itu turut menyaksikan Presiden PSTM Negeri Sembilan, Mohd Farid Shah Mohd Basir dipilih selaku timbalan presiden persatuan berkenaan.

Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PSTM, Samsul Norazim Samsudin berkata, pemilihan Ahmad Sufiani, 45, selaku presiden adalah bersesuaian kerana dia merupakan pengasas selain pernah menjawat jawatan selaku Presiden Interim PSTM, sebelum ini.

Justeru katanya, mesyuarat dan pemilihan berlangsung secara dalam talian dengan dihadiri perwakilan daripada tujuh persatuan dari negeri-negeri yang telah diluluskan penubuhannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia, telah bersetuju memilih Ahmad Sufiani selaku Presiden PSTM.

“Selain merupakan pengasas kepada PSTM, keputusan memilih Ahmad Sufiani ini dibuat berdasarkan kepada pengalaman luas yang dimilikinya dalam sukan berkenaan, sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu, pemilihan yang dibuat secara dalam talian dengan dihadiri perwakilan daripada Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Terengganu dan Sarawak telah memilih Ahmad Sufiani, selaku Presiden PSTM.

“Mengenai negeri lain, setakat ini difahamkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka serta beberapa negeri lain sedang menunggu kelulusan penubuhan persatuan berkenaan daripada pihak Pesuruhjaya Sukan,” katanya.

Untuk rekod, Ahmad Sufiani pernah mengharumkan nama negara ketika bertindak selaku Ketua Jawatankuasa Penganjur dan Kepimpinan bagi Piala Dunia Touch, Putrajaya pada 2019 lalu.

Artikel Berkaitan:

Ketika itu, Malaysia diumumkan selaku penganjur terbaik oleh pihak Persekutuan Sukan Touch Antarabangsa (FIT) selain disahkan sebagai Ahli Badan Gabungan Rasmi FIT pada 19 Ogos 2021.

Ia sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara ke-46 yang bernaung di bawah FIT secara rasmi.

Dengan pengiktirafan tersebut, Malaysia kini mendapat kelayakan untuk menyertai semua acara anjuran FIT selain layak dijemput untuk menyertai semua acara anjuran FIT, diberikan akses termasuk penyertaan penuh dalam program pembangunan sukan touch serta diberi hak untuk hadir, bersuara dan mengundi pada Mesyuarat Agung badan dunia itu.

Sementara itu menurut Ahmad Sufiani, pihaknya merancang untuk menganjurkan Liga Sukan Touch Kebangsaan (UNTL 2021), pada Disember kelak.

Katanya, antara program yang dirancang ialah penganjuran Liga Sukan Touch Kebangsaan (Inaugural National Touch League 2021) yang dijadualkan pada bulan Disember nanti di Putrajaya.

“Setelah barisan jawatankuasa interim bertungkus lumus memastikan penubuhan sukan kebangsaan menjadi kenyataan, saya berazam untuk mengembangkan lagi potensi sukan touch ini kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk program-program pembangunan di peringkat akar umbi di seluruh negara,” katanya.

JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN SUKAN TOUCH MALAYSIA 2021-2023

PRESIDEN

Ahmad Sufiani Johari – Putrajaya Touch Association

TIMBALAN PRESIDEN

Mohd Farid Shah Mohd Basir – Touch Association Negeri Sembilan (TANS)

NAIB-NAIB PRESIDEN

Shazmi Ali Sardar Ali – Touch Association Selangor (TAS)

Jake Abbas – Pahang Touch Association (PTA)

Hafizan Fuad – Touch Association Johor (TAJ)

Hafisz Rachman Drahman – Sarawak Touch Association (STA)

SETIAUSAHA AGUNG

Samsul Norazim Samsudin – Putrajaya Touch Association

PENOLONG SETIAUSAHA

Iqmarl Hadi Kamal – Putrajaya Touch Association

BENDAHARI

Cut Iffa Izza Tengku Ermanda – Touch Association Kuala Lumpur (TAKL)

PENOLONG BENDAHARI

Anis Amyra Azami – Putrajaya Touch Association 3

JAWATANKUASA KECIL PERSATUAN SUKAN TOUCH MALAYSIA 2021-2023

PENGARAH PEMBANGUNAN

Mohd Atif Abdullah – Putrajaya Touch Association

PENGARAH ACARA

Iqmarl Hadi Kamal – Putrajaya Touch Association

PENGARAH TEKNIKAL

Muhammad Nor Amirul Mazlan – Putrajaya Touch Association

PENGARAH HAL EHWAL DISIPLIN

Martha Mervy – Sarawak Touch Association (STA)

PENGARAH KEJURULATIHAN

Al Jeffery Mohd Iszeham – Touch Association Selangor (TAS)

PENGARAH PENGADIL

Samsul Norazim Samsudin – Putrajaya Touch Association

PENGARAH SAINS SUKAN

Mohd Ehsan Manan – Putrajaya Touch Association

PENGARAH PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN

Mohd Mazuri Sallehuddin – Touch Association Negeri Sembilan (TANS)

TIMBALAN PENGARAH PEMILIHAN PASUKAN KEBANGSAAN

Muhammad Firdaus Zakarya – Touch Association Selangor (TAS)

PENGARAH HAL EHWAL WANITA

Nurul Elia Anuar – Putrajaya Touch Association

PENGARAH HAL EHWAL KANAK-KANAK

Mohd Hafiz Basri – Putrajaya Touch Association

TIMBALAN PENGARAH HAL EHWAL KANAK-KANAK

Evanna Devi Seyapalan – Touch Association Selangor (TAS)

PENGARAH KESELAMATAN AWAM DAN KAWALAN TRAFIK

Mohd Sukri Seh Dom – Touch Association Johor (TAJ)

PENGARAH HAPERHUBUNGAN MEDIA

Mohd Adib Mohamad Ali Nasri – Putrajaya Touch Association

JURU AUDIT

Sally Sheriza Ahmad – Sarawak Touch Association (STA)

PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MSSM & PASJK)

Syed Affendi Syed Ibrahim – Touch Association Kuala Lumpur (TAKL)

PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (MASUM, MASISWA & MSP)

Mohd Zulfadili Hamzah – Melaka Touch Association (META)

PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA BAHAGIAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ANTARABANGSA (INTERNATIONAL SCHOOL)

Jennab Zulkifly – Pahang Touch Association (PTA)

PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGARA (SUKAN MALAYSIA ‘SUKMA’)

Yuzamri Yusof – Terengganu Touch Association (TTA)

PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA OLYMPIC COUNCIL MALAYSIA (SOUTH EAST ASIA GAMES ‘SEA GAMES’)

Farid Rahman – Touch Association Negeri Sembilan (TANS)

PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (National Touch Development Program – NTDP)

Fatimah Abdul Samad

PENGERUSI JAWATANKUASA BERSAMA PROJEK KHAS & CSR (UNICEF & PEYATIM)

Danial Syahiran Ho – Pahang Touch Association (PTA)