Siti Nurshuhaini bersemangat pada penampilan pertama

Siti Nurshuhaini
Siti Nurshuhaini
A
A
A

PEMAIN muda negara, Siti Nurshuhaini Azman yang bersemangat dan teruja untuk membuat penampilan pertama di Piala Uber bermula Sabtu ini, bertekad menyumbang mata buat skuad negara.

Pemain berusia 17 tahun itu berkata, jika barisan jurulatih negara memberi peluang kepadanya untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan wanita dunia tersebut, beliau sedia menggalas tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin.

“Saya sangat teruja untuk beraksi dalam Piala Uber kerana ini merupakan kejohanan berpasukan yang utama. Saya berasa sangat bersemangat untuk menyumbang mata buat skuad negara,” katanya menerusi sebuah video daripada Persatuan Badminton Malaysia.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D bakal membuka kempen menentang tuan rumah Denmark pada Sabtu ini, China (Ahad) dan Kanada (Isnin). Hanya dua pasukan teratas akan mara ke peringkat suku akhir. -Bernama

Artikel Berkaitan: