Tular pertandingan tidur dalam kubur

Paparan skrin perkongsian di Facebook dan WhatsApp berkenaan pertandingan itu.
Paparan skrin perkongsian di Facebook dan WhatsApp berkenaan pertandingan itu.
A
A
A

HARI ini tular di aplikasi WhatsApp mengenai pertandingan tidur dalam kubur yang menawarkan hadiah utama berupa pakej umrah dan wang tunai RM5,000.

Mengikut mesej yang telah dikongsikan, pertandingan tersebut akan diadakan di sebuah tanah perkuburan di Ulu Langat pada jam 5 petang, 23 Mac ini.

Selain hadiah lumayan untuk tempat pertama, hadiah tempat kedua juga tidak kurang hebatnya dengan menawarkan wang tunai berjumlah RM3,000 dan cenderamata.

Sementara bagi tempat ketiga pula menawarkan wang tunai sebanyak RM1,000.

Turut dipaparkan, tujuan pertandingan berkenaan diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa kehidupan akan ada kematian.

Bagaimanapun percubaan Sinar Harian menghubungi Encik Selamat dipercayai penganjur bagi urusan pendaftaran tidak berhasil.

Sebelum itu, seorang pemilik akaun Facebook @Hayalee Ana turut memuat naik satu kenyataan di laman sosialnya itu supaya orang ramai tidak menghubungi nombor telefon rakannya bagi bertanyakan mengenai pertandingan tersebut.

@Hayalee Ana yang turut berkongsi pautan status Facebook rakannya @Julie Christine Matin yang terganggu apabila ramai pihak yang menghubunginya bagi bertanyakan mengenai pertandingan tersebut.

Artikel Berkaitan: