Sukarelawan digerak bantu penduduk terjejas gangguan air

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri akan menggerakkan kumpulan sukarelawan bagi membantu penduduk yang terlibat gangguan bekalan air susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) minggu depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sukarelewan itu akan ditempatkan di lokasi-lokasi pili awam dan kawasan perumahan sepanjang kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset kritikal di LRA itu yang dijadualkan bermula 13 Oktober hingga 16 Oktober ini.

"Sebanyak 105 lori tangki turut akan digerakkan. 18 pili awam juga akan disediakan di lokasi strategik," kata beliau dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.

Menurut beliau, orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai penyelenggaraan aset air ini di hentitugas.airselangor.com.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sebelum ini memaklumkan 998 di Lembah Klang bakal berdepan gangguan bekalan air berjadual bermula 13 sehingga 16 Oktober susulan kerja penambahbaikan itu.

Kawasan terlibat adalah membabitkan daerah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Artikel Berkaitan: