X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

3 Januari dengar permohonan lucut hak harta keluarga Abdul Azeez

Mahkamah Tinggi KL menetapkan 3 Januari 2022 untuk pendengaran permohonan kerajaan melucut hak hampir RM16 juta daripada keluarga bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan 3 Januari tahun depan untuk pendengaran permohonan kerajaan melucut hak hampir RM16 juta termasuk satu lot kedai daripada keluarga bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas pihak pemohon, responden dan penuntut bersetuju dengan tarikh berkenaan.

Muhammad Jamil turut memerintahkan hujahan bertulis masing-masing difailkan dua minggu sebelum tarikh pendengaran.

Pemohon dalam kes ini ialah kerajaan manakala responden merupakan isteri Abdul Azeez, Datin Seri Khadijah Mohd Noor serta empat anak mereka.

Ia termasuk syarikat Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd sementara penuntut ialah Maybank Islamic Berhad.

Prosiding pada Jumaat dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Dona Liyanna Sabariah manakala semua responden diwakil peguam Sharin Raaj dan penuntut oleh peguam Choy Kay Chun.

Berdasarkan senarai kausa dalam laman web e-pemfailan, kerajaan telah memulakan prosiding untuk melucut hak wang itu daripada akaun peribadi TH milik isteri Abdul Azeez dan empat anak mereka dan satu unit pejabat milik Azeera Management Consultants (M) Sdn Bhd.

Permohonan melucut hak itu difailkan pihak pendakwaan terhadap ahli keluarga Abdul Azeez pada September 2019 lalu manakala mereka memfailkan permohonan untuk penangguhan pada Januari lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!