Kapal selam nuklear AS rosak langgar objek di Asia

Gambar fail menunjukkan kapal selam nuklear Tentera Laut AS, USS Connecticut. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan kapal selam nuklear Tentera Laut AS, USS Connecticut. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Sebuah kapal selam nuklear Amerika Syarikat (AS) rosak selepas melanggar sebuah objek tidak dikenali ketika ia beroperasi di dalam laut di Asia, kata Tentera Laut AS pada Khamis.

Kapal selam itu, USS Connecticut melanggar sebuah objek ketika ia berada di dalam permukaan laut pada 2 Oktober lalu waktu tengah hari ketika beroperasi di perairan antarabangsa di wilayah Indo-Pasifik, kata tentera laut tersebut dalam satu kenyataan.

Ia menyatakan tidak ada kecederaan yang mengancam nyawa dilaporkan berlaku tetapi portal berita USNI NEWS melaporkan seramai satu dozen kru mengalami kecederaan sederhana dan ringan.

Portal tersebut menyatakan kapal selam berkenaan menyelam di Laut China Selatan ketika kejadian itu.

Tentera Laut AS menyatakan bahawa ia menilai kerosakan dan siasatan sedang dilakukan berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, kapal selam itu masih boleh beroperasi dan selepas kejadian tersebut USS Connecticut menuju ke Pangkalan Tentera AS di Guam. - Agensi

Artikel Berkaitan: