Dua lokaliti di Sabah, Pahang ditamatkan PKPD

Dua lokaliti di Sabah dan Pahang ditamatkan PKPD pada Jumaat seperti mana yang dijadualkan.
Dua lokaliti di Sabah dan Pahang ditamatkan PKPD pada Jumaat seperti mana yang dijadualkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan dua lokaliti di Sabah dan Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Jumaat seperti mana yang dijadualkan.

Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti yang terlibat ialah Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang.

“Penamatan PKPD itu diputuskan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

Sementara itu, Rodzi memaklumkan tiada lokaliti yang dikenakan PKPD.

Artikel Berkaitan: