Permohonan kemasukan sekolah khusus dibuka Ahad: KPM

Pentaksiran bagi Tingkatan Satu akan bermula 17 Januari hingga 27 Januari tahun depan manakala bagi Tingkatan Empat bermula 7 Februari hingga 17 Februari 2022. - Gambar hiasan
Pentaksiran bagi Tingkatan Satu akan bermula 17 Januari hingga 27 Januari tahun depan manakala bagi Tingkatan Empat bermula 7 Februari hingga 17 Februari 2022. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus untuk Tingkatan Satu dan Empat bagi 2022 boleh dibuat bermula Ahad ini sehingga 15 November depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan permohonan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my manakala permohonan ke Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my/.

Permohonan secara dalam talian itu melibatkan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat bagi Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama; Tingkatan Empat bagi Sekolah Menengah Teknik dan Maktab Tentera Diraja serta Tahun Satu untuk Kolej Vokasional.

“KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Sekolah Khusus mulai 2021.

"Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran secara dalam talian bermula 1 Disember ini," menurut kenyataan itu hari ini.

Pentaksiran bagi Tingkatan Satu akan bermula 17 Januari hingga 27 Januari tahun depan manakala bagi Tingkatan Empat bermula 7 Februari hingga 17 Februari 2022.

Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20 peratus), kecerdasan intelektual (70 peratus) dan artikulasi penulisan (10 peratus)

Syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus adalah warganegara Malaysia, berdaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid Kementerian Pendidikan, murid tahun enam 2021 iaitu berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Januari 2010.

Artikel Berkaitan:

Bagi permohonan ke Tingkatan Empat, pemohon merupakan murid tingkatan tiga tahun ini iaitu berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007.

Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022. - Bernama