Orang Melaka nak undi siapa?

Pengundi Melaka berkemungkinan menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri tersebut.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Pengundi Melaka berkemungkinan menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri tersebut.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

PENGUNDI Melaka berkemungkinan menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri tersebut.

Ia susulan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijangka tidak menjalin kerjasama dengan parti lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekali gus membuka ruang kepada saingan, di antara parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Perkara tersebut dikuatkan dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu yang menegaskan bahawa tiada keputusan kerjasama antara parti tersebut dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRN Melaka.

Malah bukan itu sahaja, beberapa penganalisis politik tanah air turut meramalkan pertembungan tiga penjuru berdasarkan pendirian kepemimpinan tertinggi UMNO dan Bersatu baru-baru ini untuk bertembung antara satu sama lain.

Untuk rekod, krisis politik yang berlaku di Melaka susulan tindakan empat ADUN menarik sokongan kepada bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md. Ali

Sebelum ini, Sulaiman menerima sokongan 17 ADUN (14 UMNO, dua Bersatu dan satu Bebas) berbanding 11 wakil PH daripada 28 kerusi dalam sidang DUN.

Sejumlah 15 sokongan diperlukan untuk majoriti mudah membentuk kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, semua 15 ADUN Pakatan Harapan (PH), UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Bebas yang mendakwa mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan negeri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, mereka akan menghadap baginda kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Apa yang pasti, kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong pastinya sekali lagi ditagih dalam menyelesaikan masalah politik memandangkan Seri Paduka Baginda mempunyai baginda berpengalaman dalam menyelesaikan kemelut yang sama sebelum ini.