Percutian bertukar tragedi, anak lemas ditarik ombak

 Mangsa, Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam, enam tahun ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian mangsa dibawa arus ombak.
Mangsa, Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam, enam tahun ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian mangsa dibawa arus ombak.
A
A
A

PORT DICKSON- Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas di Pantai Tanjung Gemuk, di sini petang Rabu.

Ketua Polis daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa, Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam, enam tahun ditemukan pada jarak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian mangsa dibawa arus ombak.

"Keluarga mangsa berasal dari Sendayan, Seremban datang ke daerah ini untuk bercuti rehat dan berkelah di pantai.

"Bagaimanapun dalam kejadian jam 4.15 petang tadi semasa ayah mangsa sedang duduk di bawah pokok tiba-tiba ternampak dua orang anaknya yang berusia lapan dan 10 tahun yang sedang bermain di tepi pantai telah ditarik ombak," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya, ayah mangsa bergegas ke pantai untuk menyelamatkan dua orang anaknya itu tanpa menyedari mangsa telah mengekorinya di belakang dan turut ditelan ombak.

"Ketika kejadian keadaan angin dan ombak yang kuat telah menyebabkan mangsa gagal diselamatkan sebelum mangsa ditemui pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada jam 6.30 petang.

"Mangsa diberikan rawatan kecemasan dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam.

"Hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan hasil bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: