5 kakitangan hospital ditahan SPRM kes rasuah pengurusan jenazah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan lima kakitangan sebuah hospital kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.

Menurut sumber SPRM, kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2021 dan melibatkan jumlah suapan lebih RM20,000.

Katanya difahamkan, kesemua suspek lelaki yang berusia lingkungan 34 hingga 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Khamis untuk permohonan reman. - Bernama

Artikel Berkaitan: