X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 02 Disember 2021

Penambahbaikan LTSIP guna reka bentuk moden

Mohd Amar
A
A

KOTA BHARU – Penambahbaikan dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) bakal menggunakan reka bentuk yang istimewa dan lebih moden.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, dengan kelengkapan dan kemudahan yang lebih canggih, ia dijangka menjadi pilihan orang ramai selepas disiapkan sepenuhnya.

“Kita difahamkan kerja-kerja awal penambahbaikan sedang dilakukan dan dijangka berlangsung selama 36 bulan.

“Apa yang menarik ialah LTSIP akan menjadi salah satu lapangan terbang yang canggih dengan konsep yang lebih moden.

“Malah ia sangat sesuai untuk persediaan naik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa,”katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Mohd Amar sebelum itu menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Mengulas lanjut, katanya, projek penambahbaikan yang menelan belanja lebih RM400 juta itu diharapkan boleh menjadi permulaan untuk menjadikan lapangan terbang itu sebagai hab penerbangan Asia Tenggara.

“Ini kerana kita pun agak hampir dengan Indo-China, Australia dan sebagainya. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan ia siap seperti yang dijadualkan,”katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan LTSIP mampu menampung sehingga empat juta penumpang setahun selepas ia disiapkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!