PN kesal krisis politik Melaka hingga DUN terbubar

Mohd Rafiq (duduk, tengah) pada sidang akhbar di Hotel MITC, Ayer Keroh pada Selasa.
Mohd Rafiq (duduk, tengah) pada sidang akhbar di Hotel MITC, Ayer Keroh pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Perikatan Nasional (PN) Melaka kesal dan kecewa dengan krisis politik hingga berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, PN berpendirian segala fokus ketika ini harus diberikan kepada usaha untuk memulihkan negara dan negeri Melaka daripada pandemik Covid-19.

“Kita sedia maklum proses pemulihan negara serta negeri Melaka sedang berjalan dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan PN sebelum ini dipimpin oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sudah menampakkan hasil dan tanda-tanda positif.

“Proses pemulihan ini tidak harus terganggu disebabkan tindakan sesetengah pimpinan dan parti politik yang meletakkan kepentingan peribadi serta kuasa melebihi nyawa, kesihatan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat Melaka,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Hotel MITC, Ayer Keroh pada Selasa.

Hadir sama, Naib Pengerusi PN Melaka yang juga Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek, Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Seri Michael Gan Peng Lam dan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Menurutnya, pihaknya juga berpendapat dengan majoriti rakyat Melaka bahawa ketika ini bukanlah masa sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Namun jelas beliau, sebagai menghormati proses demokrasi, perlembagaan negeri Melaka dan keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, PN Melaka akan menyertai pilihan raya yang tarikhnya akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dalam waktu terdekat.

“Kita berharap rakyat Melaka dapat memberi peluang dan sokongan kepada PN pada PRN kali ini bagi meneruskan usaha serta langkah pemulihan negeri daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Artikel Berkaitan: