X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Langgar SOP: Kerajaan kutip RM72.72 juta kompaun tempoh 18 bulan

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengutip sejumlah RM72.72 juta hasil kutipan kompaun akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sejak tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, nilai tersebut merupakan kutipan sehingga 31 Ogos tahun ini.

"Jumlah bilangan dan nilai kompaun melanggar SOP yang telah dikeluarkan sejak 2020 hingga kini ialah 181,704 kompaun dikeluarkan," memetik jawapan bertulis beliau di Dewan Rakyat bertarikh 4 Oktober 2021.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Teh Kok Lim (PH-Taiping) yang ingin tahu bilangan dan nilai kompaun melanggar SOP yang telah dikeluarkan sejak 2020 hingga kini dan jumlah nilai kutipan kompaun yang diterima.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan individu yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan boleh mendapatkan potongan 50 peratus, jika membayarnya dalam masa tujuh hari.

Pada masa sama, mereka yang membayar kompaun dalam masa 14 hari juga akan diberi diskaun 25 peratus. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!