Celcom buka prapesanan iPhone 13 bermula 1 Oktober

Idham Nawawi
Idham Nawawi
A
A
A

PETALING JAYA - Buat peminat setia produk keluaran syarikat teknologi gergasi Apple Inc, mereka kini boleh membuat prapesanan iPhone 13 bermula 1 Oktober sebelum tersedia di pasaran bermula 8 Oktober.

Prapesanan iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13 dan iPhone 13 mini yang inovatif dan elegan itu boleh dibuat melalui syarikat telekomunikasi terkemuka negara iaitu Celcom.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad (Celcom), Idham Nawawi berkata, direka semula dalam dan luar, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max memperkenalkan sistem kamera pro paling maju yang pernah ada di iPhone, dengan paparan Super Retina XDR dengan ProMotion.

“Antara kelebihannya ialah jangka hayat bateri yang lebih baik dan cip A15 Bionic yang direka oleh Apple dengan GPU 5 teras. iPhone 13 dan iPhone 13 mini mempunyai sistem kamera dwi termaju yang pernah ada di iPhone dan cip powerhouse A15 Bionic dalam reka bentuk ramping serta tahan lama.

“Kami sangat gembira untuk memberikan kepada pelanggan kami iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13, dan iPhone 13 mini yang inovatif dan elegan dengan sistem kamera baharu dan reka bentuk menarik serta tiada tandingannya.

“Selain itu, kami menawarkan pelanggan untuk menikmati lebih banyak fleksibiliti dan kemampuan data dengan Internet Tanpa Had dari Pelan Keluarga MEGA baru Celcom,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Idham, pelanggan Celcom boleh menikmati penjimatan lebih besar sehingga RM2,320 ketika memilih aksesori Celcom's Mix and Match seperti AirPods Pro atau Apple Watch yang tersedia di Celcom Bluecube, Celcom Certified Partners dan Celcom Online Shop.

Selain itu, pelanggan boleh memiliki peranti baharu mereka dengan mudah termasuk faedah 0 peratus dengan Pelan Pembayaran Mudah yang ditawarkan bank terpilih, nilai pertukaran tinggi untuk iPhone 12 dan tawaran pelan perlindungan peranti Penjagaan Telefon pada 50 peratus selama enam bulan.

Artikel Berkaitan:

“Tawaran eksklusif Celcom Online Shop juga menawarkan potongan harga sehingga RM250 daripada harga peranti untuk 1,000 pelanggan pertama yang membuat prapesanan iPhone 13 mereka dalam talian di https://shop.celcom.com.my/home.

“Seramai 150 pelanggan pertama di Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor) juga akan menikmati penghantaran ekspres 24 jam percuma melalui perkhidmatan penghantaran inovatif dash4ME Celcom.

“Semua pelanggan Celcom juga akan menikmati langganan iQiYi untuk enam bulan percuma, setelah melakukan prapesanan iPhone 13 mereka,” jelas beliau.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai harga dan plan data, pelanggan boleh melayari web www.celcom.com.my dan www.apple.com.