Sambutan Hari Pembantu Perubatan HTAR meriah


Gimik perasmian yang disempurnakan Dr Mohamad Sabri Othman.
Gimik perasmian yang disempurnakan Dr Mohamad Sabri Othman.
A
A
A

KLANG- Jika selama ini mereka membantu pesakit untuk mendapatkan rawatan, namun kali ini mereka berpeluang untuk bersama menderma darah.

Itu antara keistimewaan sambutan Hari Pembantu Perubatan yang diadakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, semalam.

Bertemakan 'A Caring Profession Towards Healthy Community', Hari Pembantu Perubatan ini meraikan seluruh pembantu perubatan di negara ini.

Program derma darah mendapat sambutan menggalakan dari orang ramai.
Program derma darah mendapat sambutan menggalakan dari orang ramai.

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Mohamad Sabri Othman berkata program yang dianjurkan ini dalam usaha membantu pihak tabung darah, mengumpul dan menggalakkan, penjawat awam khususnya dalam soal kepentingan derma darah dan membantu menyelamatkan nyawa masyarakat yang memerlukan.

"Sasaran pengumpulan bekalan darah untuk seluruh Malaysia adalah sebanyak 800 hingga 1,000 beg.

"Dan Insya-ALLAH, sebanyak 1,000 beg dianggarkan dapat diperoleh di seluruh Malaysia," katanya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian dalam ucapan selepas merasmikan program derma darah sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini semalam.

Menariknya, selain derma darah, program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan acara sukan rakyat.