Lockheed Martin ada objek mirip UFO?

Sebuah objek yang kelihatan seperti objek terbang tidak dikenali ditunda di atas sebuah treler di Gurun Mohave, Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto Twitter
Sebuah objek yang kelihatan seperti objek terbang tidak dikenali ditunda di atas sebuah treler di Gurun Mohave, Amerika Syarikat baru-baru ini. - Foto Twitter
A
A
A

WASHINGTON - Sebuah objek mirip objek terbang yang tidak dikenali (UFO) dilihat ditunda di atas sebuah treler dipercayai di sebuah kemudahan milik syarikat Lockheed Martin di Gurun Mohave, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Satu rakaman video yang menunjukkan objek itu sedang ditunda dirakamkan oleh seorang pengguna Twitter.

Rakaman video itu menjadi tular di Twitter dan laman perkongsian video TikTok pada 22 September lalu.

Seorang pengguna Twitter yang menganalisis video tersebut, Ruben Hofs berkata, objek itu dipercayai berada di sebuah kemudahan syarikat tersebut di Gurun Mohave, barat daya AS.

Para pengguna media sosial cuba menyelesaikan misteri objek itu.

Namun, mereka gagal untuk mendapatkan sebarang petunjuk daripada Pengurus Besar Program Pembangunan Kemajuan Lockheed Martin, Jeff Babione tentang apakah sebenarnya objek itu.

Bagaimanapun Babione dilaporkan enggan memberikan sebarang komen berhubung rakaman video itu.

Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial mempersoalkan kewajaran video itu dirakamkan.

Artikel Berkaitan:

Lockheed Martin ialah sebuah syarikat AS yang ditubuhkan pada tahun 1912 dan mengeluarkan pelbagai jenis peralatan peperangan seperti jet pejuang satelit, sistem pertahanan dan terlibat dalan bidang aeroangkasa. - Agensi