Firdaus Wong lapor polis difitnah sebar gambar video lucah

Firdaus Wong membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada Sabtu.
Firdaus Wong membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini pada Sabtu berhubung fitnah yang mendakwa beliau menyebar gambar dan video lucah melalui aplikasi Telegram.

Menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya, Firdaus Wong menafikan segala dakwaan yang mengatakan kononnya beliau ialah pengasas dan pemilik satu Telegram yang menyebarkan video berkenaan.

Firdaus Wong turut menjelaskan bahawa beliau hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja untuk berkongsi segala maklumat dan turut menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sebarang video atau gambar lucah.

"Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya saya pengasas dan pemilik Telegram yang menyebarkan video dan gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut.

"Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah," katanya melalui satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Firdaus Wong turut memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghinanya tetapi beliau tidak akan mendiamkan diri apabila difitnah.

"Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: