X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 29 Jun 2022

Pahang warta 780.94 hektar hutan tadahan air baharu

Wan Rosdy Wan Ismail
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang bersetuju untuk mewartakan tambahan 780.94 hektar hutan sebagai hutan tadahan air di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pewartaan itu menjadikan keseluruhan hutan tadahan air di Pahang seluas 343,503 hektar.

Menurutnya, dengan pewartaan itu, tiada sebarang aktiviti pengusahahasilan boleh dilakukan di dalam kawasan yang disifatkan sebagai sensitif alam sekitar ini.

"Keputusan ini dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pagi Rabu dan melibatkan 443.73 hektar dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Berkelah di Maran, dan 337.21 hektar dalam HSK Lepar, di Kuantan.

"Bagi HSK Berkelah, 443.73 hektar ini merupakan tambahan kepada 2,134 hektar Hutan Tadahan Air sedia ada, menjadikan keseluruhan 2,577.73 hektar hutan tadahan air dalam HSK ini," katanya dalam satu kenyataan pada tengah malam Jumaat.

Beliau menjelaskan, bagi HSK Lepar pula, ini pertama kali kawasan hutan tadahan air seluas 337.21 hektar bakal diwartakan.

Katanya, secara amnya, kedua-dua HSK Berkelah dan Lepar adalah berkeluasan 62,749.45 hektar iaitu HSK Berkelah seluas 40,502.05 hektar dan HSK Lepar seluas 22,247 hektar.

" Luas HSK di seluruh Pahang pula ialah 1.59 juta hektar.

"Adalah diharapkan dengan penambahan kawasan diwartakan sebagai hutan tadahan air ini, akan dapat terus memelihara dan menjamin kelestarian alam sekitar negeri ini, " ujarnya ringkas.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!