Bukit Aman rakam keterangan Ebit Lew dan isteri

Foto Instagram Ebit Lew
Foto Instagram Ebit Lew
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pendakwah terkenal, Ebit Lew sekali lagi dipanggil polis di Bukit Aman untuk dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pendakwah itu hadir bersama isterinya pada Khamis.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 23 September lalu, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Pada masa sama, Abd Jalil berkata, kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Pada Ogos lalu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew dipanggil polis di Bukit Aman untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Artikel Berkaitan: