Anak ahli politik dakwa dipukul bapa tiri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JASIN - Anak kepada seorang ahli politik di negeri ini mendakwa dicederakan bapa tirinya dalam kejadian di Merlimau dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kejadian kira-kira jam 8.15 malam di sebuah rumah itu bermula apabila berlaku perselisihan faham antara mangsa, ibu saudara dan sepupunya dengan lelaki berusia 29 tahun itu.

Beliau berkata, mangsa berusia 44 tahun yang merupakan pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) ketika itu datang menziarahi ibunya bersama ibu saudara dan sepupu untuk berbincang mengenai harta pusaka keluarga.

Bagaimanapun, katanya, lelaki berkenaan kemudian masuk campur lalu berlaku insiden tolak-menolak sehingga suspek dikatakan memukul kepala mangsa dengan sebuah buku tebal.

"Mangsa turut mendakwa suspek menumbuk kepalanya beberapa kali sebelum lelaki itu keluar bersama ibu mangsa.

"Semasa mangsa menuruni tangga rumah, wanita itu cuba melemparkan selipar ke arah suspek, namun lelaki itu membalas dengan memukul kepala mangsa dengan satu objek dipercayai kunci.

"Mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Mispani berkata, suspek yang mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli politik tahun lalu telah ditahan pada Rabu, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," ujar beliau.