X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Piala Sudirman: Malaysia, Indonesia buat perhitungan di suku akhir

Aaron dan Wooi Yi menyumbang mata tunggal Malaysia ketika menentang Jepun.
A
A

SKUAD badminton negara diundi menentang Indonesia dalam saingan suku akhir Piala Sudirman di Energia Arena 2, Vantaa, Finland pada Jumaat malam.

Tiga lagi aksi suku akhir bakal membabitkan pertemuan antara China dan Denmark; Korea Selatan menentang Thailand dan Jepun membuat perhitungan dengan Taiwan.

Terdahulu, Malaysia muncul naib juara Kumpulan D selepas tewas 1-4 kepada Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada awal pagi Jumaat.

Sebelum turun ke gelanggang menentang Jepun, Malaysia telah mengesahkan tiket ke suku akhir selepas meraih kemenangan dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.

Selepas menewaskan England 3-2, Malaysia yang meletakkan sasaran awal mara ke suku akhir pada kempen Piala Sudirman kali ini mudah mengatasi cabaran Mesir 5-0.

Dalam pertemuan menentang Jepun, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang mata sulung Malaysia selepas membenam Takuro Hoki-Yuko Kobayashi 22-20, 14-21, 21-16.

Jepun bangkit menyamakan kedudukan 1-1 selepas Akane Yamaguchi menewaskan S Kisona 21-14, 21-14 dalam acara perseorangan wanita.

Pemain nombor satu dunia, Kento Momota menghadiahkan mata kedua Jepun hasil kemenangan 21-18, 21-10 ke atas jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia.

Jepun meraih mata ketiga menerusi acara beregu wanita selepas Nami Matsuyama-Chiharu Shida menang 21-16, 21-17 ke atas gandingan muda negara, Pearly Tan-M Thinaah.

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See turut gagal untuk menyumbang mata apabila tewas 16-21, 9-21 kepada pasangan handalan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!