Kelantan FC, Sabah FC berkongsi satu mata

Haziq menyumbat gol kedua Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang tadi. -Foto: TRW Kelantan FC
Haziq menyumbat gol kedua Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang tadi. -Foto: TRW Kelantan FC
A
A
A

KELANTAN FC terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 menentang Sabah FC dalam aksi kedua Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang tadi.

Sabah terlebih dulu berada di depan hasil sepakan penalti kapten, Risto Mitrevski pada minit ke-31selepas bola lambungan Amri Yahyah terkena tangan kapten Kelantan FC, Mohd. Zubir Azmi.

Kelantan FC berjaya menyamakan kedudukan berselang lapan minit kemudian selepas Natanael Ringo yang tidak dikawal tenang melambung bola lorongan Mior Dani Armin Mior Ariffin untuk menewaskan penjaga gol Sabah FC, Reny Rining.

Bersambung babak kedua, Kelantan FC hampir menambah jaringan pada minit ke-53, namun sepakan percuma Christos Intzidis sedikit tersasar daripada pintu gol Sabah. FC

Kelantan FC akhirnya berjaya mendahului pelawat apabila Muhammad Haziq Subri menyambar bola yang terkena tiang hasil sepakan hantaran Ringo pada minit ke-69.

Bagaimanapun, kegembiraan Kelantan FC tidak bertahan lama apabila Sabah FC sekali lagi memperoleh sepakan penalti selepas Muhammad Yusri Yuhasmadi menjatuhkan N Thanabalan.

Mitrevski yang mengambil sepakan penalti itu sekali lagi tidak mensia-siakannya untuk membolehkan Sabah FC menyamakan kedudukan pada minit ke-79.

Artikel Berkaitan: