Cukai jalan motosikal boleh diperbaharui di Puspakom mulai esok

Orang ramai boleh memperbaharui cukai jalan motosikal di Puspakom bermula esok.
Orang ramai boleh memperbaharui cukai jalan motosikal di Puspakom bermula esok.
A
A
A

PUTRAJAYA ‐ Pemilik motosikal boleh memperbaharui cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) di semua 39 cawangan pusat pemeriksaan Puspakom di Semenanjung Malaysia bermula Jumaat.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan berkata, inisiatif pembaharuan LKM itu mula dilaksanakan kepada kenderaan bermotor persendirian yang melibatkan kenderaan 'decontrolled' sejak tahun lalu.

"Selanjutnya, pada 1 September lepas, inisiatif pembaharuan LKM ini diperluaskan pula kepada kenderaan bermotor persendirian kecuali kenderaan e-hailing," menurut kenyataan JPJ pada Khamis.

Tambah JPJ, inisiatif tersebut dilaksanakan untuk memberi perkhidmatan lebih cepat dan efisien sebagai tambahan kepada saluran-saluran perkhidmatan sedia ada.

"Selain itu, ia menyediakan kemudahan alternatif selain daripada saluran perkhidmatan sedia ada seperti kaunter dan kiosk JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan Portal mySIKAP JPJ," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Puspakom di talian 03 5101 7000 atau menerusi emel customerservice@puspakom.com.my

Artikel Berkaitan: