Juruteknik maut dalam kemalangan

Keadaan kereta milik mangsa ayng terlibat dalam kemalangan di Jalan Tiong Peringat dekat Masjid Tiong, jam 12.45 malam tadi. - Foto kiriman pembaca.
Keadaan kereta milik mangsa ayng terlibat dalam kemalangan di Jalan Tiong Peringat dekat Masjid Tiong, jam 12.45 malam tadi. - Foto kiriman pembaca.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang juruteknik penghawa dingin maut dalam kemalangan di Jalan Tiong Peringat dekat Masjid Tiong, jam 12.45 malam tadi.

Mangsa, Iskandar Wan Ismail, 45, memandu kereta jenis Proton Iswara maut selepas kenderaannya terbabas ke bahu jalan.

Mangsa yang beralamat di Taman Sri Ketil Pengkalan Kubor Tumpat, mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang juruteknik penghawa dingin maut dalam kemalangan di Jalan Tiong Peringat dekat Masjid Tiong, jam 12.45 malam tadi. - Foto kiriman pembaca.
Seorang juruteknik penghawa dingin maut dalam kemalangan di Jalan Tiong Peringat dekat Masjid Tiong, jam 12.45 malam tadi. - Foto kiriman pembaca.

Berdasarkan keterangan awal, mangsa memandu dari arah Tiong ke Peringat dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar tembok di bahu jalan sebelah kanan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.

Saksi yang melihat kejadian diminta tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis terdekat untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.